Powered by Blogger.
RSS

Perasaan Loser di JPO

Assalamualaikum...



Sedang enak landing atas katil yang empuk di petang Sabtu itu tetiba Whatsapp alert BB saya berbunyi menandakan ada new chat dari contact. Zaza, member saya di Pasir Gudang mengajak saya untuk bersama-samanya ke Johor Premium Outlet (JPO)  yang popular tu. Disebabkan tidak pernah menjejakkan kaki ke sana lagi, saya pun terus bersetuju sambil mengajak seorang lagi rakan kami di Senai.


Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut perjalanan kami ke JPO, baik saya copy-paste sedikit info mengenai JPO terlebih dahulu.



Johor Premium Outlet (JPO) dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terletak dalam wilayah Iskandar Malaysia, menyediakan 80 butik produk berjenama adalah yang pertama di Asia Tenggara dan cawangan ke-70 portfolio Premium Outlet yang menawarkan koleksi membeli belah terbesar di dunia.Ia menawarkan 70 premis barangan berjenama seperti Armani, Burberry, Calvin Klein, Michael Kors, Versace, Coach, DKNY, Polo Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo dan Zegna dengan tawaran diskaun 25 hingga 65 peratus setiap hari. 


“Saya yakin ramai pelancong Eropah akan mengambil peluang pertukaran mata wang lebih rendah dan lebih ekonomikal untuk membeli barangan di sini. Dalam Bajet 2012 yang saya umumkan sebelum ini, impian saya adalah mahu mempromosikan Malaysia sebagai syurga beli-belah di Asia dengan menawarkan barangan pada harga berpatutan dan percaya JPO mampu memenuhi visi itu,” katanya PM kita.

Selepas bertolak dari UTM, kami gerak dengan menaiki 2 buah kereta. Kereta pertama dipenuhi dengan adik Zaza dan kawan-kawan beliau manakala lagi sebuah kereta dipenuhi saya dan 2 orang kawan2 saya. Sampai di sana perasaan big L for Loser dah terasa ketika parking kereta Viva saya. Tak apa, layan aja. Niat asal nak pergi tengok premium outlet dengan mata sendiri, to feel the excitement kannn.... Tapi lepas kami masuk outlet Fosil dan lagi dua buah stores terus saya dan kawan saya ambil keputusan turun lepak kat foodcourt aja.  Sambil lepak di foodcourt dan tengok orang kat situ terus teringat lagu Price Tag..

Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop for a minute and
Smile


JPO memang terbaik untuk menarik pelancong, itu saya akui. Tapi, untuk yang tak berapa nak berada macam saya dan kurang branded macam saya patut tak payah pergi je la. Lagi tensi tengok harga-harga barangan di situ. Walaupun dikatakan berdiskaun tapi harga after diskaun itu pun sangat mahal!. Bayangkan kerja penat-penat pastu habiskan duit untuk sebiji beg yg beratusan. Hoho..Bagi saya, tak kisah la barang tu brand Micheal Korrs ke hapa yang penting boleh guna dengan baik dan cantik tu dah cukup. Hidup kalau nak yang branded aje penat weh. Tengok orang ada purse Coach kita pun ada ada. Siap yang kumpul duit, tahan makan, tak bagi duit kat parent semata-mata nak tunjuk kat orang kita mampu beli beg Gucci buat hapa?.  Tapi, kalau dah bekerja keras and nak bagi penghargaan sekali sekala pada diri sendiri selepas bekerja keras apa salahnya. Tapi jangan terlalu manjakan diri dengan barangan branded, bahaya masa depan. Mari hayati quote from Prof.Muhaya sebelum kita berpisah

 " Kita suka beli benda yang kita tak perlu, dengan duit yang kita tiada, Dan tunjuk pada orang yang kita tak suka... " 

I'm Not a LOSER.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dia tak boleh keluaq rumah, nak SPM!

Assalamualaikum...


Semalam, sebelum tidur saya melakukan sedikit lawatan sementara di akaun facebook untuk memastikan notification penting mendapat perhatian. Disebabkan Facebook for Blackberry saya dah macam tak betul sebab notification tak muncul2, saya akan mengunjungi fb sebelum tidur. Apabila saya logged in, notification untuk inbox dan new friend request saya berwarna merah tandanya ada fb friend saya mengirimkan pesanan.

Saya sangat terkejut dengan message itu apabila membacanya. Message tu sebenarnya from one of my cousin's daughter yang tanyakan pendapat saya halatuju beliau selepas SPM. Dia sangat blur sebab dia nak amik engineering tapi tak ambil Biologi. hoho tak kisah la apa soalan beliau tapi masalahnya dia SPEAKING ENGLISH siot!. Disebabkan itu, saya terus tidur tanpa membalasnya. Bukan berlagak cuma saya rasa terkilan sebab anak sepupu saya hanya message via fb sahaja. At least SMS la anak oi, mana manner ang..baru nak add friend pulak on top of that. Mana tak terasa makk..


Malam tadi br saya SMS dia balik tanya apa cerita die dengan lebih lanjut, hati orang tua kan.. Sakit hati pun tapi kalau pikiaq anak sepupu kena juga tolong.  Sebelum itu meh saya ceritakan sedikit sebanyak background famili mereka dan pemikiran orang kampung saya yea. Tetiba rajin nak bercerita kenapa anak sepupu saya turns out to be like that. Ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk memberi sedikit pengajaran kepada parent diluar sana. Sepupu saya ini sangat2 berharap anaknya yang sorang ni dapat menunaikan impiannya untuk melihat at least one of her daughters dapat berlajar oversea. Rasanya tu impian semua ibu2 kot.. which is saya rasa sangat bagus la sebab bila kita ada impian nak anak2 berjaya, kita pun akan support depa sehabis baik. Tapi masalahnya, dengan tiket "nak anak fokus study sebab nak p obersi" dia biarkan anak dia bermalasan dalam bilik konon study padahal malas nak tolong buat kerja rumah. Dia biarkan anak dia tidur rumah kawan dengan alasan nanti senang nak study sama2. Sampaikan bila balik kampung susah sangat nak berjumpa anak2 dia sebab katanya banyak kerja sekolah dan dok buat latihan, kan nak study untuk melanjutkan pelajaran ke oversea. Yang emaknya pula hanya cikgu sekolah rendah, anak2 ramai lagi bersekolah. Dia balik dari sekolah terus nak masak untuk anak2 yang dok study dalam bilik.

Saya rasa cara ajaran itu sangat manja dan boleh merosakkan anak itu sendiri. Apa salahnya diajarkan kesusahan sedikit supaya anaknya lebih menghargai apa yang ada. Yang lagi sedihnya, rumah kami bersebelahan sahaja tapi tak pernah nampak muka anak2nya. Jadi bila dah ada orang nak minta pendapat, tanya pendapat saya pun melalui fb sahaja. Kakaknya lebih mulia apabila SMS saya untuk menanyakan pendapat saya ketika beliau mendapat tempat di matrik dulu. Disebabkan keputusan SPM anak sepupu tak seperti yang diharapkan untuk ke oversea si emak mulai heboh nak anaknya menjadi cikgu sepertinya pula. Ok fine la tapi adakah si anak juga seperti si emak mahu menjadi cikgu?. Sekali lagi si emak membuat rencana mengikut sesuka hatinya.

Ada ramai orang kampung saya punya satu mentaliti

"awat ambik yang tu? baik jadi cikgu ja... "

Saya respek orang yang menjadi cikgu seikhlas hati mereka untuk mendidik anak bangsa tetapi ada yang pandang nak jadi cikgu untuk gaji tetap dan easy life (ye ke?). Dan ada ramai parent yang macam si emak tadi. Rela buat apa sahaja asalkan anaknya fokus berlajar saja. Anak ang tak buat kerja rumah pun takpa, anak ang bagi makan ayam ja, takut kalau makan ikan tak pandai..aiyo taktau mana depa dapat idea tu. Mak saya tak pernah bagi perhatian special antara anak2 dia, kalaupun ada exam besar mcm PMR or SPM sama saja layanan. Mak pi kebun so sesiapa yang ada kat rumah kena masak lunch, kena basuh baju dan buat kerja rumah lain. Kalau time kutip sekerap, sesiapa yang ada kat rumah kena tolong kutip sekerap. Kat luar kampung mungkin kita ada Master or degree tapi depan mak ayah saya, anak2 depa kena tolong depa. Takdak la macam

 "kalini Along ambil SPM, tak payah memasak, basuh baju dan kerja rumah jgn sentuh lsg" 

 "Hujung tahun ni SPM, so tak perlu beraya dengan sedara mara, dok dalam bilik baca buku ja"

"Rumah sebelah ada kenduri, kalau nak baca buku tak perlu keluar. Nanti mak bawa mangkuk tingkat ambil nasik makan dalam bilik ja."



Lemak gila anak2 makcik! at last, anak pun naik lemak hasilnya rosak masa depan anak2. Result SPM kurang memberansangkan , hubungan dengan saudara mara hampeh dan bila jatidiri yang patut dibina dalam rumah lemah, takut nanti senang terikut dengan kejutan budaya bila keluar ke bandar kelak.

Saya bagi contoh kisah mak ayah yang lemakkan anak-anak yang boleh merosakkan masa depan anak lagi. Kalini saya baca dari iluvislam , kadang-kadang mak ayah tidak perasan bahawa mereka pernah menggalakkan anak mereka mencuri atau mengambil barang orang lain. Sebuah mahkamah telah menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas seorang pencuri.Apabila tiba waktu menjalankan hukuman, pencuri itu menjerit sekuat suaranya:

'Sebelum tangan saya dipotong, tolonglah potong lidah ibu saya! Pernah saya mencuri dahulu sebutir telur dari rumah jiran saya, tetapi ibu saya tidak memarahi saya, dan tidak menyuruh saya mengembalikan telur itu kepada jiran saya. Malah dia gembira, sambil berkata: "Syukur, anak ku sudah menjadi manusia kini!" Kalau tidak kerana lidah ibu saya, nescaya saya tidak akan menjadi pencuri dalam masyarakat.'


Demikianlah satu kisah yang dipetik oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam menjelaskan betapa hodohnya tabiat mencuri dan betapa besarnya pengaruh ibubapa dalam membentuk tabiat itu. Ia juga berlaku secara tidak sengaja. Berapa ramai ibu atau bapa yang membiarkan wang syiling atau kertas diletakkan merata-rata di dalam rumah. Namun budaya membiarkan wang merata-rata itu sebenarnya boleh menanam benih budaya mencuri ke atas anak-anak.Pada peringkat awal mungkin anak itu meminta izin atau mengambilnya dihadapan ibu bapa. Lama-kelamaan, sifat longgar ibu bapa tadi mungkin diterjemahkan sebagai kebebasan untuk mengambil wang itu tanpa kebenaran pemiliknya. Lantas mereka mentafsirkan bahawa mengambil harta dan wang orang, atau mencuri itu bukanlah satu kesalahan. Hasil tulisan Ustaz Fathi Yusuf.

Saya nak bagi nasihat pasal parenting ni amatlah tak sesuai sebab saya sendiri pun belum punya anak tapi tolonglah belajar dengan contoh teladan dan observation. Jangan didik anak ikut suka hati sebab anak itu bukan hak milik mutlak anda. Itu tanggungjawab yang Allah bagi untuk anda.Bila tengok anak makcik ni berjaya dalam hidup dan siap jadi ustaz, tanya lah apa rahsia dia mendidik anak dia macam mana and follow kalau buleh. Bila tengok anak maklong tu tak menjadi, tengok pulak macam mana dia didik anak dia.



رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ 

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (SURAH AS-SAAFAT:100)

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah pakai lens masih rabun!

Assalamualaikum,

Pagi tu saya bangun pagi dengan agak mamai. Terlalu banyak benda dalam kepala yang tak sort out. Sebenarnya saya pun tak tahu benda apa yang perlu diserabutkan sangat. Sebelum ke lab, saya pakai lens saya seperti biasa. Dah masuk lens belah kanan, tiba-tiba cari lens belah kiri dalam case tak ada.

"Aik, takkan jatuh kot. Haish..time orang tak ada mood la nak jatuh pun." gertu saya dalam hati.



 Lens saya jenis yang clear bukan berkalerfool macam orang lain so kalau jatuh memang azab mata nak mencari. Yang lagi saya pelik mata yang dah pakai lens pun jadi kelabu, pelik sangat.

obviously, not me...


Disebabkan saya mula pakai lens time matrik dulu yang membawa maksud dah hampir-hampir 8 year saya pakai lens untuk keluar jadi saya dah mahir pakai lens tanpa memerlukan cermin. So pakai tonyoh aja lens tu ikut sedap rasa dalam anak mata asalkan ianya masuk and selesa dah okey la. Dulu time zaman degree dan time beroommate kejadian lens jatuh tak lah terlalu menharukan sebab ada roommate yang boleh nampak lens yang jatuh dengan clear.

Dah give up mencari lens dengan mata yang rabun itu, saya ke cermin nak tengok kot2 lens jatuh kat area muka. Pernah jugak terjadi kejadian macam tu, saya punyalah merangkak-rangkak cari lens kat lantai rupanya lens tu jatuh tepi hidung ja!. Sambil melihat cermin, saya mendapati ada something wrong dalam anak mata saya yang belah kanan tu.


"LA!!!!!! kat situ hang rupanya!........hmm..bila ang masuk situ?"
terjerit saya dengan penemuan itu.


Rupanya lens belah kiri saya double kat dalam mata kanan yang dah dipakaikan lens. Rasanya tangan saya masukkan lens tanpa saya perasan. Gila tak fokus otak saya time tuh. Teruk betul saya, macam saiko lak. Hehe kejadian tu berlaku pada 2 bulan lepas, time saya tengah kusut proposal phd. Now, saya dah kembali fokus kot..hoho mintak2 kejadian itu tak berulang lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

define "bahagia"

Assalamualaikum..

Baru-baru ini ketika tengah dinner nasi ayam penyet dengan kawan di Restoran Idaman Sayang, tanpa dirancang kami terjumpa dengan seorang member dan suaminya. Mereka baru sahaja berkahwin sepertimana saya ceritakan dalam entry ini. Yang bestnya, beliau dah pregnant!. Tengok diorang memang rasa sangat bahagia. Among all my friends yang baru lepas mendirikan rumah tangga, pasangan ini nampak paling2 bahagia. Lepas kahwin dah pindah masuk rumah sendiri, hasben kerja gomen, beliau sendiri seorang engineer & now sedang pregnant. Tapi beliau adakalanya mengadu letih dengan kerja dan itu ini. Tapi itu bahagia yang saya nampak dari pandangan orang ketiga untuk mereka.

Lain pula dengan bahagia saya tengok pada kawan2 saya yang lain. My childhood friend for example. Cik Not (bukan nama samaran) juga nampak bahagia bagi pandangan saya. Walaupun kami sebaya, beliau sudah mempunyai 3 orang anak lelaki yang sihat2 belaka sedangkan saya masih struggle nak habiskan study. Dia selalu merungut tak boleh bersuka ria macam saya yang bujang ini dan selalu juga sms saya kadang2 untuk bertanya saya dah makan ke belum?. Saya tahu dia sedang bosan dengan kehidupan surirumah tapi bagi saya semua tu saat yang sangat membahagiakan bagi seorang ibu dapat menjaga anak-anak dengan tangannya sendiri.

Begitu juga dengan kawan saya yang bekerja sebagai pensyarah di utara tanah air sana. Beliau selalu juga menceritakan betapa tak sukanya beliau dengan kerjanya sekarang. Tambah2 lagi kerjayanya memisahkan beliau dengan suaminya yang bkerja di selatan tanah air. Memang sangat kasihan tapi percayalah, saya tengok dia juga sangat bahagia. Kerjanya dah hebat, dapat bersama dengan bapa walaupun lepas kahwin dan kalau dia dapat bersabar sehingga tamat tempoh kontrak 3  tahun itu dia bolehla bersama suaminya nanti. Bukankah hidup berjauhan sekejap lagi merapatkan dua hati?.

Saya bukan nak membuktikan apa-apa tapi saya selalu dengar benda nie..;

"Bahagianya lah kalau ada rumah sendiri & suami dekat"
"Bahagia nya before 30 dah nak gelaran doktor falsampah"
"Makcik bahagia sangat sebab anak-anak makcik smua kereta besaq"
" my job is hampeh! nak berhenti kerja. Nak bahagia!"
"macam mana aku tak selalu sakit. tak bahagia sebab berjauhan dengan orang tersayang"

So, that's why bila saya dengaq ada orang cakap camni or baca status fb or twitter orang yang cuba relate 'bahagia' dengan something, saya automatic cakap dalam hati

"define 'bahagia' for me please.."

Bukan nak suruh hangpa define bahagia macam bahagia adalah satu perasaan puas hati yang teramat..... tapi seriously, bahagia nampaknya depends on view seseorang. Kalau view dalaman seseorang rasa bahagia kalau dia ada beg tangan LV, so sampai bila2 dia takkan bahagia selagi tak dapat beg tersebut. Tapi if view dalaman dia rasa bahagia kalau dapat tengok orang yang dia sayang senyum, even a small event pun dia boleh bahagia teramat. Saya taktau apa yang saya nak terangkan tapi nak lagi paham sila baca Inilah Makna Bahagia by Genta Rasa, itu lah yang nak terangkan hehe. Macam kata motivasi Prof.Muhaya yang tertampal kat sebelah cermin saya

"Dunia dalaman saya memperngaruhi dunia luaran saya" letak tangan kat bahu and ulang 3x yea.

So, sapa-sapa yang nak bahagia disini saya turunkan hasil copy-paste KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH oleh Ustaz Pahrol Mohd. Juoi dari Genta Rasa



1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.


2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)


3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)


4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)


5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan. (HR. Muslim)


6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)



SubhanAllah.. MasyaAllah..Dari point 1 sampai ke 7, ada tak rasa nak tampar muka sendiri macam saya?. Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis2 tu surely hit me. Punyalah senang nak bahagia kenapa perlu pilih jalan rumit?.



Yang suka berdrama swasta nak itu nak ini, yang so materilistik, yang selalu ketagih nak menunjuk-menunjuk better stop la pelan-pelan sebab (sila baca kuat2)


“sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS